fbpx

Harga tiket Kota Kinabalu-Tawau tidak masuk akal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bung Moktar.

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin menggesa Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook untuk berbincang dengan syarikat penerbangan berhubung harga tiket di Sabah yang dikatakan terlalu mahal.

Bung Moktar dalam satu hantaran di Facebook berkata, lonjakan harga tiket penerbangan domestik dalam bulan Ramadan tahun ini adalah tidak masuk akal.

“Bayangkan tiket sehala AirAsia Sandakan-Kota Kinabalu berharga RM700.

“Ramai penduduk rakyat Sabah di semenanjung yang hendak balik beraya di kampung halaman di Sabah, malangnya harga tiket terlalu mahal, dan tidak boleh diterima oleh akal yang waras,” katanya.

Harga tiket dari Kota Kinabalu ke Tawau ketika ini yang mencecah RM1,000.

Bung Moktar berkata, dia juga ada menghubungi Anthony dan meminta tambahan penerbangan antara Sandakan dan Kota Kinabalu.

“Tiga hari yang lalu saya ada menghubungi Menteri pengangkutan Malaysia dan meminta tambahan penerbangan diantara Sandakan dan Kota Kinabalu. Menteri memberitahu syarikat penerbangan bersetuju untuk mempertingkatkan tambahan penerbangan pada 18 hingga 20 April ini

“Tetapi harga tiket beribu-ribu ringgit, sehala sahaja ada yang RM3,000, saya meminta Menteri Pengangkutan bicaralah dengan pihak syarikat penerbangan janganlah menghisap darah rakyat, rakyat Sabah bukannya semua berkemampuan, mereka hanya sekadar nak balik beraya dan berjumpa sanak saudara setahun sekali,” ujarnya.

Tambah Bung Moktar, dia juga berharap mana-mana lagi syarikat penerbangan yang akan beroperasi di Sabah tidak terlalu mengaut keuntungan dengan meletakkan harga tiket yang tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI