fbpx

Shereen lebur rekod 400m kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHEREEN berjaya memecahkan rekod 400m kebangsaan berusia 30 tahun menerusi catatan masa 51.80s pada Kejohanan Olahraga Tahunan Mt SAC Relays ke-63 di California awal pagi tadi. - IG SHEREEN SAMSON VALLABOUY

KUALA LUMPUR – Shereen Samson Vallabouy menjadi atlet olahraga wanita Malaysia yang pertama mencetak masa bawah 52 saat (s) dalam acara 400 meter (m) selepas mencatat 51.80s awal pagi tadi.

Ia sekali gus menyaksikan atlet berusia 25 tahun itu berjaya meleburkan rekod 400m kebangsaan berusia 30 tahun, 52.56s dilakukan Allahyarhamah Rabia Abdul Salam pada Kejohanan Olahraga Asia di Filipina pada 1 Disember 1993.

Shereeen merekodkan catatan bersejarah itu ketika mengungguli saringan satu pada Kejohanan Olahraga Tahunan Mt SAC Relays ke-63 di California, Amerika Syarikat.

Catatan daripada atlet dari Perak itu membolehkannya menamatkan kejohanan pada kedudukan kelima terbaik dalam aksi di Stadium Hilmer Lodge.

Kejayaan itu hadir pada waktu tepat dalam persediaan Shereen untuk meraih pingat emas pada Sukan SEA Kemboja 2023 di Phnom Penh bermula 5 Mei ini.

Lebih menarik, catatan Shereen itu sebenarnya sudah mengatasi rekod 400m Sukan SEA iaitu 51.83s yang pernah dilakukan atlet Vietnam, Nguyen Thi Tinh sewaktu edisi Hanoi 2003. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI