PETALING JAYA – Berdasarkan imej gema radar terkini, kebanyakan kawasan di negara ini dilihat cerah dan tiada hujan yang dicerap pada pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam laporan cuaca di YouTube berkata, keadaa yang baik itu dilihat berlaku sekitar negeri-negeri Semenanjung dan Sarawak.
Bagaimanapun, jelas MetMalaysia, hujan satu dua tempat dilaporkan melanda negeri Sabah melibatkan Pantai Barat, Kudat dan Sandakan.
“Cuaca buruk itu dijangka kembali reda menjelang lewat pagi nanti,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE