fbpx

Syiqa model cantik mirip Little Miss Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syiqa tertarik pada lelaki yang lebih tua dan bekerjaya selain melayan dirinya bagai puteri.

Gadis Pesona Ahad minggu ini, Rasyiqah Johan, 21, mengakui dirinya seorang introvert dan mudah hilang fokus ketika berada dalam kelompok besar.

Namun sikapnya itu tidak sesekali mematahkan cita-ci­ta­nya yang mahu bergelar model berjaya dan langkah ke arah itu telah dimulakannya sejak dua tahun lalu berkat dorongan ibu.

Kepada Kosmo! Ahad, Rasyiqah atau lebih mesra dikenali Syiqa bercerita mengenai wajahnya yang disamakan dengan pelakon Maya Karin dan pempengaruh Little Miss Khan atau Ameera Khan.

KOSMO! Ahad: Ceritakan mengenai Syiqa?
Syiqa: Fasih berbahasa mandarin dan pernah menyertai pertandingan menari sehingga peringkat antarabangsa. Aktif dalam Muay Thai serta mahir bermain piano. Saya juga content creator dan penuntut Ijazah Sarjana Muda Psikologi dan Kepujian di UNITAR.

Bagaimana Syiqa menjaga kecantikan?
Dua minggu sekali, ibu akan buat facial dan Syiqa juga akan ke salun untuk penjagaan rambut dan kuku selain hanya mengambil makanan yang dimasak di rumah dan buat senaman ‘pilates’.

Syiqa

Muka mirip artis?
Kata jurusolek, muka Syiqa persis Maya Karin, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim (Puteri Sultan Johor) dan adik Neelofa iaitu Ameera Khan atau lebih dikenali Little Miss Khan. Alhamdulillah untuk semua pujian.

Ciri-ciri lelaki idaman?
Mestilah lebih tua, matang dalam pemikiran dan bekerjaya. Lagi beruntung kalau dapat lelaki persis Arab. Paling penting kena pandai layan diri Syiqa seperti seorang puteri.

Kenangan puasa yang tak dapat dilupakan?
Syiqa pernah minum air waktu te­ngah hari sebab lupa sedang ­puasa. Bukan sekali dua tapi banyak kali. ­Selain itu, buat latihan ­menari ketika ­ber­puasa sangat menguji ­kesabaran, namun terpaksa teruskan kerana melibatkan pertandingan dalam dan luar negara.

Apa yang orang patut tahu?
Syiqa seorang ­introvert, dari dulu sudah rasa diri ter­asing dari kawan-kawan. Kesannya, sampai sekarang Syiqa susah untuk menyesuaikan diri dalam kumpulan yang besar. Terkadang ada masa, Syiqa akan hilang fokus apabila sudah kehabisan tenaga dalam sesuatu ­urusan.

Pengalaman yang me­ngajar diri?
Syiqa susah nak mempercayai orang. Lebih-lebih lagi kawan. Walaupun belum pernah rasa dikhianati, keadaan ini membuatkan Syiqa berhati-hati ketika berkawan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI