fbpx

‘Pesta’ sampah laluan Kuala Lipis kembali lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi Rahman di Twitternya hari ini berhubung sampah sarap di jalan utama Kuala Lipis-Kota Bharu.

PETALING JAYA – Saban tahun jalan utama Kuala Lipis-Kota Bharu yang menjadi laluan utama bagi perantau luar yang pulang ke Kelantan pasti sahaja dipenuhi sampah sarap.

Keadaan sebegini sudah hampir berlarutan hampir lima tahun selepas sebahagian Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) itu dibuka kepada pengguna laluan tersebut.

Belum lagi tibanya waktu kemuncak perjalanan balik raya tiba, namun di bahu jalan laluan tersebut sudah mula dipenuhi sampah sarap dipercayai dibuang oleh perantau yang berhenti rehat di kawasan itu.

Terkini, Ahli Parlimen Kuala Lipis, Datuk Rahman Mohamad melalui Twitternya turut meluahkan perasaan beliau berkenaan perkara tersebut sambil berkongsi beberapa keping foto terkini laluan itu.

Jelas Timbalan menteri Kerja Raya itu, beliau faham tentang pengguna laluan tersebut yang merantau jauh dan ingin berehat seketika, namun kecewa dengan keadaan (buang sampah) yang berlaku di situ saban tahun.

“Saya faham ramai pengguna jalan raya nak pulang ke Pantai Timur menggunakan laluan ini. Ada yang nak berehat sebab perjalanan jauh.

“Namun inilah pemandangan yang dapat saya lihat tiap tahun. Ini gambar terbaru yang diambil,” ciapnya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI