KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menerima pujian netizen kerana menunjukkan tauladan yang baik dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ia berikutan satu hantaran di laman Facebook Mahathir hari ini menunjukkan bekas Perdana Menteri itu menyerahkan permit pergerakan PKPB semasa mahu melepasi sekatan jalan raya.
“Saya dijadual pulang ke kawasan Parlimen Langkawi hari ini. Sebelum itu saya melepasi sekatan dan semakan permit pergerakan PKPB. Terima kasih ‘frontliners’ (barisan hadapan negara),” kata Mahathir dalam hantaran tersebut.
Pemilik akaun Facebook dengan nama Ernie Rebecca berkata, beliau berasa hormat dan kagum serta berterima kasih kepada Mahathir kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Rinniie Anh pula berkata, Mahathir tetap mematuhi SOP pergerakan rentas negeri dan mendoakan keselamatan beliau.
Pemilik akaun Facebook Rashidah Ismail pula berkata, Mahathir telah menunjukkan contoh yang baik dan membuka mata rakyat dalam mematuhi SOP. – K! ONLINE