fbpx

EPL: Arteta masih kenang jasa Moyes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARTETA (tengah) perlu merencanakan strategi terbaik bagi memastikan Arsenal mampu menewaskan West Ham untuk terus menjarakkan kedudukan di puncak liga. – AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui sentiasa menyanjung tinggi David Moyes ketika The Gunners bakal berkunjung ke West Ham United untuk melengkapkan perlawanan ke-31 malam ini.

Arteta menjelaskan Moyes sudah menghadirkan impak besar kepada perjalanan kariernya sebagai pemain dan juga jurulatih ketika kedua-dua pengurus ini saling bekerjasama semasa di Everton.

Sepanjang di Goodison Park, bekas bintang antarabangsa Sepanyol itu diberi peluang sebanyak 209 kali oleh Moyes yang juga individu bertanggungjawab membawa Arteta ke Liga Perdana Inggeris.

“Ia lebih daripada rasa ­hormat dan saya fikir ia begitu ­mengagumkan. Saya suka bermain di bawahnya (Moyes) ke­rana dia adalah seseorang yang istimewa, diyakini dan sentiasa dihormati.

“Dia seorang jurulatih yang sangat baik dan daripada dia juga saya dapat belajar banyak perkara. Dia pernah minta saya bermain di posisi asing, dia mencabar saya, namun pada masa sama, dia juga beri sokongan kepada saya. Semua itu adalah keseimbangan yang betul dan saya perlukan,” katanya.

Bagaimanapun, kedua-dua pengendali itu sedang berada pada situasi berbeza musim ini apabila Arsenal sedang berusaha mengukuhkan kedudukan di puncak liga, manakala West Ham pula mahu menjarakkan diri da­ri­pada zon penyingkiran.

Bagaimanapun, jika keputusan dalam tiga perlawanan ter­akhir diambil kira, West Ham United sedang berada dalam keadaan terbaik dengan merekodkan dua kemenangan, malah turut layak ke suku akhir Liga Konferensi Eropah.

“Ia akan jadi perlawanan yang sukar kerana kami pernah ber­ada dalam kea­daan sukar.

“Saya begitu mengenali David dan tahu bagaimana dia akan melakukan persiapan untuk hadapi perlawanan kali ini,” jelas­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI