fbpx

Kedai mercun terbakar, jangan tular video lama – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video insiden kebakaran sebuah kedai mercun yang telah ditularkan semula.

JEMPOL – Polis menasihatkan orang ramai untuk tidak menularkan kembali video lama sehingga mencetuskan kegusaran masyarakat.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, ini berikutan pihaknya telah mengesan satu rakaman video tular berdurasi tiga minit 27 saat yang bertajuk “Bahau Negeri 9 Kedai Mercun Terbakar”.

Menurutnya, video yang dikesan pada pukul 5 petang semalam itu memaparkan letupan mercun di hadapan CIMB Bank Bahau, yang dimuat naik oleh seorang individu menggunakan nama samaran @aimbotak.

“Pihak IPD Jempol mengesahkan tidak menerima sebarang laporan polis mengenai kejadian video tersebut baru-bari ini.

“Berdasarkan dari video tersebut, kejadian berlaku pada 14 Jun 2018 kira-kira pukul 9.50 malam bersabit Bahau report 1734/18 dan disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ujar Chang Hook lagi, tangkapan bagi kes itu telah dilakukan ke atas dua individu dan salah  seorang daripadanya telah dituduh di Mahkamah bahau pada 31 Oktober 2018.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI