PETALING JAYA – “Mereka takut jika Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) bebas. Dia (Najib) ancaman kepada PH (Pakatan Harapan) dan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim)”.
Demikian ulasan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi berhubung kenyataan veteran DAP, Lim Kit Siang bahawa Kerajaan Perpaduan boleh runtuh jika Najib diberi pengampunan diraja.
Menurut beliau, Kit Siang dan DAP takut UMNO akan bertambah kuat melalui gabungan Najib dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
“Apatah lagi Zahid (Ahmad Zahid) makin kukuh dalam UMNO. Kit Siang lupa DAP punca Kerajaan 22 bulan Tun Dr. Mahathir Mohamad tumbang. DAP adalah alasan utama Tan Sri Muhyiddin Yassin buat “Langkah Sheraton”.
“Sebenarnya DAP boleh jadi punca Kerajaan Perpaduan runtuh. Bukan Najib atau Zahid. Bukan mudah UMNO betulkan dasar “No DAP No Anwar”. Gelagat DAP dan menterinya umpama bom jangka,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE