fbpx

Ifa Raziah diminta jadi lebih peka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GELAGAT Ifa Raziah yang mahu bersalaman dengan Perdana Menteri tidak kesampaian kerana pemimpin negara itu menolaknya dengan cara baik dek masih dalam wuduk.

SEBAGAI seorang selebriti beragama Islam, sepatutnya Ifa Raziah perlu lebih peka atau bahasa mudahnya jadi bijak sikit.

Baru-baru ini, Ifa ada berkongsi video perasmian acara Starvendors yang dianjurkan olehnya bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Pada acara tersebut, Ifa mengundang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Agaknya kerana Ifa terlalu teruja, sampai terlupa nak jaga batas antara lelaki dan perempuan.

Ketika mahu bersalaman dengan Anwar, pemimpin nombor satu negara itu menolak dengan cara baik.

Alasannya kerana masih dalam wuduk. Lagipun Anwar memang diketahui sangat menjaga batas untuk tidak bersentuhan dengan wanita bukan muhrim.

Bagaimanapun, Diva tetap hendak memuji Ifa sebab masih kelihatan positif dan ceria walaupun keinginannya untuk bersalaman dengan Perdana Menteri tidak kesampaian.

DIVA: Malaysia sekarang sedang mengalami cuaca panas melampau. Banyakkan minum air putih ya waktu sahur dan berbuka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI