fbpx

Amaran ribut petir di enam negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di enam negeri sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataannya di Facebook memaklumkan, cuaca buruk di Pahang hanya berlaku di Bentong manakala di Selangor melibatkan Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

“Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya merangkumi seluruh kawasan sementara di Negeri Sembilan hanya di Jelebu.

“Sementara itu di Johor, kawasan terlibat adalah di Tangkak, Muar, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” menurut hantaran tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI