fbpx

Penyampai radio KL FM cipta nama di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bakat Azura menjurus dalam dunia penyiaran radio, namun minat menyanyi sejak di bangku sekolah tidak pernah padam.

PETALING JAYA – Penyampai radio KL FM, Azura Pedora mula mengorak langkah sebagai penyanyi apabila kini mencetus fenomena di Indonesia menerusi single berjudul Kemarau Cinta.

Azura, 42, tidak menyangka lagu yang dirilis pada 2015 itu kini menjadi siulan di republik tersebut.

“Alhamdulillah, lagu Kemarau Cinta mendapat sambutan hangat dalam kalangan pendengar di Indonesia.

“Malah, setiap lagu dendangan saya yang diputarkan di kebanyakan stesen radio membolosi carta Top 1 Hits di Indonesia.

“Antaranya, lagu Ku Tahu Kau Di Hatiku, Atas Kehendak Mu, Ikatan Kasih, Hari Hari Berhari Raya dan Tingkah Aidilfitri,” katanya.

Azura berkata, lagu Ikatan Kasih yang dihasilkan pada 2016 sehingga kini masih menduduki carta Top 1 Hits di Indonesia.

“Manakala, lagu duet bersama penyanyi dangdut Indonesia, Khairat KDI berjudul Again Dan Lagi Dan Lagi masih menduduki carta Top 1 Hits membolosi carta di 11 stesen radio di Indonesia,” katanya.

Tidak lengkap jika tidak menyentuh kerjayanya sebagai penyampai radio, Azura berkata, dia baru sahaja berkhidmat di stesen radio KLFM sejak November tahun lalu.

“Sebelum ini, saya bertugas di Johor FM lebih sepuluh tahun. Sebagai penyampai radio, saya bertuah diberikan peluang mengasah bakat dalam bidang nyanyian.

“Jadual kerja saya juga teratur seperti dijadualkan walaupun sibuk memenuhi undangan nyanyian di Indonesia dan Australia,” katanya.

Sebelum ke Johor FM, Azura bersama stesen radio, Muzik FM selama 10 tahun.

Bagaimanapun, apabila stesen radio Muzik FM dijadikan radio dalam talian, Azura diserapkan sebagai pembaca berita, pengacara dan wartawan penyiaran selama setahun, sebelum bertukar ke Johor FM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI