fbpx

Farm Fresh Berhad rai ‘Top Achievers Homedealer’ pada majlis berbuka puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmi bersama semua jemputan dan ramai lagi penerima anugerah insentif tunai dan hadiah.

SERI KEMBANGAN- Pengeluar produk tenusu tempatan terbesar Malaysia, Farm Fresh Berhad meraikan ‘Top Achiever Home Dealer’ bagi tahun 2022 di Farm Fresh @ Universiti Putra Malaysia (UPM) semalam.

Program Home Dealer Farm Fresh ini telah diasaskan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh Berhad, Azmi Zainal sejak tahun 2016.

Azmi

Menurut Azmi, program ini bertujuan untuk memperkasa usahawan mikro terutamanya golongan wanita bagi menjana pendapatan tambahan dengan mengedar produk Farm Fresh dari pintu ke pintu.

“Setelah tujuh tahun dibangunkan, kini Farm Fresh Berhad mempunyai 57 Stokis berdaftar, 818 ‘home dealer’ dan 1,017 ejen disetiap negeri dan wilayah di seluruh negara. Seramai dan 80 peratus daripada ‘home dealer’ adalah suri rumah.

“Anugerah insentif ini adalah bagi mengiktiraf sumbangan dan prestasi cemerlang ‘Home Dealer Farm Fresh’ sekaligus menjadi pendorong semangat untuk mempertingkatkan usaha demi mencapai kejayaan dan mengembangkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, Farm Fresh sentiasa menghargai sumbangan stokis, ‘home dealer’ dan ejen mereka kepada syarikat sejak permulaan program ini dan berharap insentif ini akan menyuntik semangat mereka untuk terus berusaha.

“Insentif yang Farm Fresh berikan kepada ‘top achiever’ ini adalah dengan niat untuk menyokong semangat mereka, dan pada yang sama memberi penghargaan atas usaha mereka dalam menyumbang kepada syarikat.

Azmi Zainal bersama Umar Farook, penerima Anugerah Top Achiever Home Dealer Farm Fresh, dan Ketua Jabatan, Unit Pembangunan Perniagaan (Business Development), Hairul Nizam serta Pengurus Besar, Farm Fresh Berhad, Abdullah Bakri.

“Peranan mereka dalam pengedaran produk kami ke seluruh Malaysia adalah sangat penting dalam memastikan rakyat Malaysia dapat membeli dan menikmati produk kami walau di negeri mana pun mereka berada,”katanya.

Tambah beliau, seramai 21 orang ‘home dealer’ telah diberikan insentif tunai dengan nilai tertinggi berjumlah RM20,738.16 yang diberikan kepada Umar Farook Mohamed Jamel selaku ‘Top Achiever Home Dealer Farm Fresh’.

 

“Majlis anugerah seperti ini adalah satu usaha Farm Fresh Berhad untuk meraikan, menyokong dan memberi inspirasi kepada stokis, home dealer dan ejen bagi mencapai kemajuan, meraih kejayaan dan membentuk daya saing untuk mengharungi cabaran dalam berniaga.

Farm Fresh turut memperkenalkan majalah ‘HD Swipe’ edisi pertama pada April 2023 khas untuk berkongsi maklumat, aktiviti dan kejayaan stokis, home dealer dan ejen.

Ganjaran hadiah turut disampaikan pada stokis, home dealer dan ejen terpilih pada majlis semalam.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI