fbpx

Founder Misi lancar tabung bantu anak saudara Fattah Amin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyakit tersebut menyebabkan otot-otot Naail semakin hari semakin lemah termasuk otot paru-paru.

PETALING JAYA – Pelakon terkenal, Fattah Amin sebelum ini pernah berkongsi tentang masalah kesihatan anak saudaranya, Wan Muhammad Naail atau Naail yang menghidap penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1.

Difahamkan, kos rawatan bagi penyakit tersebut mencecah RM9 juta dan gambar yang dikongsikan Fattah menerusi Instagram adiknya, Raihan Amin, jelas dilihat Naail sentiasa memerlukan alat bantuan pernafasan untuk terus bernyawa.

Berdasarkan maklumat yang diberi Raihan, penyakit tersebut menyebabkan otot-otot Naail semakin hari semakin lemah termasuk otot paru-paru menyebabkan Naail terpaksa bergantung pada mesin bantuan pernafasan.

“Keupayaan untuk menelan air liur pun semakin merosot. Untuk hentikan, Naail perlu segera dapatkan ubat yang paling efektif setakat ini iaitu Zolgensma (gene theraphy) yang harganya mencecah RM9 juta,” katanya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian pemilik Founder Misi yang terkenal dengan kutipan awam bagi menjayakan misi bantuan tertentu dan bertindak membuka tabung untuk Naail sebagai inisiatif, semalam.

“Rees (sebelum ini) terima suntikan RM9 juta yang pernah hidap penyakit sama, sekarang dah pulih dan hidup seperti biasa macam kanak-kanak lain.

“Jadi benda sama juga kita boleh bantu adik Naail, jangan putus asa sebab tu kita lancarkan tabung untuk baby Naail,” kongsinya di TikTok.

Sehingga malam tadi, kutipan tersebut telah mencecah hampir RM1 juta sejak ia dilancarkan.

Hantaran tersebut turut menerima respon positif daripada rakyat Malaysia yang tidak melepaskan peluang membuat sumbangan.

“Insya-Allah kalau tengok ni sehari lebih dekat RM1 juta, seminggu lebih Insya-Allah dapat RM9 juta,” komen anasrosli201.

“Adik bertahan ya, mereka orang baik tengah berusaha untuk adik,” kata seorang lagi pengguna.

“Pakcik tengah cuba sehabis baik untuk tolong, anggap sebagai duit raya awal,” ujar eyyqarlwengweng.

Perkongsian tersebut sehingga kini meraih sebanyak 618,000 jumlah tontonan dan 1,555 komen yang rata-ratanya ingin membantu.

Disember lalu, Kosmo! pernah melaporkan Reese Tan Rui Xin, ber­usia 17 bulan yang menghidap penyakit genetik jarang berlaku dan boleh meragut nyawa jika gagal dirawat iaitu atrofi otot spina (SMA) sejak berusia 14 bulan.

Reese ketika itu juga perlu mendapatkan suntikan ubat jenis sama iaitu Zolgensma yang mencecah harga RM9 juta.

Hasil sumbangan orang ramai Februari lalu, Reese selamat menerima suntikan tersebut di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur dan selepas itu dibenarkan pulang ke rumah di Shah Alam, Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI