fbpx

Kekecohan di Pasar Raja Bot disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung kekecohan yang berlaku di Pasar Raja Bot, Chow Kit, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pada pukul 8.30 malam tadi, pihaknya telah mengesan satu tag pada Twitter Polis Diraja Malaysia oleh pemilik akaun mambiar24 berkenaan satu video TikTok milik akaun mustafa_khan1992 yang memaparkan insiden kekecohan melibatkan beberapa individu di Pasar Raja Bot.

Katanya, siasatan awal yang dijalankan mendapati hantaran asal video tersebut adalah di pautan sebuah akaun TikTok milik Mustapha_khan2203.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi telah pun membuka satu kertas siasatan ke atas video sama yang tular sebelum ini pada 11 April lalu di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Siasatan sedang berjalan dan beberapa individu serta pihak tertentu telah dipanggil untuk diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan, di sini malam ini.

Beliau juga turut menasihati orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti menyalahi undang-undang. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI