fbpx

Penjawat awam lesap sebulan gaji tekan pautan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SUNGAI SIPUT – Seorang penjawat awam lelaki berputih mata apabila ‘wang gaji sebulannya’ lesap selepas mengakses link atau pautan bagi pembelian aplikasi penstriman.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, kejadian bermula selepas lelaki berusia 40-an itu tertarik untuk membeli aplikasi yang diiklankan di Facebook dengan harga murah.

Katanya, lelaki itu kemudian diberikan satu pautan tanpa mengetahui ia palsu apabila wang simpanannya di bank ditolak tanpa disedari.

“Kejadian pada 25 Mac lalu itu berlaku ketika mangsa mahu membeli aplikasi untuk menonton filem dan video.

“Mangsa telah diberikan satu pautan palsu untuk diakses bagi melengkapkan transaksi. Mangsa menyedari ditipu selepas wang simpanan kira-kira RM3,000 di bank lesap,” katanya pada program Semarak Kasih Ramadan 2023 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput, di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, mangsa juga tidak menerima kod pengesahan transaksi (TAC) untuk tujuan pemotongan wang di bank.

“Mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Sungai Siput. Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI