fbpx

Isteri terkilan, suami gesa hantar ibu ke rumah orang tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa terkilan dan sedih apabila digesa suami untuk meninggalkan ibunya sendiri di rumah orang tua.

Menerusi perkongsian di media sosial, wanita tersebut yang merupakan anak tunggal akui tidak tergamak untuk berbuat demikian kepada ibunya.

Katanya, ibunya yang berusia 69 tahun sebelum ini tinggal seorang diri di Kedah dan memerlukan penjagaan rapi kerana sakit.

“Jadi, saya ajak mak untuk tinggal sekali di Kuala Lumpur dan mak rela hati ikut. Kerja saya pun dekat dengan rumah. Saya boleh balik tengok mak.

“Dari segi belanja dan barang keperluan mak seperti lampin dewasa, segala ubat dan susu semua saya yang tanggung,” katanya.

Bagaimanpun, dia memberitahu, suaminya mula marah-marah selain menyatakan ibunya itu menyusahkan mereka.

“Dia marah depan mak saya dan kami bergaduh teruk sehingga dia suruh pilih mak atau dia. Kalau pilih dia, hantar mak rumah orang tua.

“Saya tak sanggup, mak saya ada saya seorang sahaja lagi dan saya berfikir nak tinggalkan suami sebab mak jaga saya dari kecil hingga berjaya,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, dia tetap cuba menjelaskan kepada suaminya bahawa menjaga ibu merupakan sebahagian daripada tanggungjawabnya.

“Tetapi suami kata, kalau mak tanggungjawab saya, kenapa kahwin dengan dia. Luluh hati saya sedangkan saya selalu bantu ibu bapa dia.

“Jujur, sebelum ini saya bahagia. Tiada masalah. Namun, ujian ini berat untuk saya,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI