fbpx

Pakej bungkusan pelanggan berterabur, lori kurier bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah lori syarikat kurier yang terbalik (kiri) selepas bertembung dengan treler di Kilometer 89, Jalan Kota Bharu-Gua Musang di Manek Urai, Kuala Krai hari ini. Foto IHSAN PEMBACA

KUALA KRAI – Dua pemandu cedera selepas sebuah lori kurier bertembung dengan sebuah treler yang membawa muatan kayu getah di Kilometer 89, Jalan Kota Bharu-Gua Musang di Manek Urai, di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 pagi itu, pemandu lori sebuah syarikat kurier berusia 36 tahun dan pemandu treler berusia 37 tahun yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra di sini untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, siasatan mendapati, kejadian berlaku ketika sebuah treler yang membawa muatan kayu getah dalam perjalanan dari arah Kuala Krai ke Gua Musang.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, lori syarikat kurier dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan sebelum bertembung dengan treler terbabit.

“Keadaan itu menyebabkan pakej bungkusan pelanggan bertaburan atas jalan apabila lori tersebut terbalik. Selain itu, kayu getah yang berada di atas treler turut jatuh ke jalan raya.

“Siasatan lanjut mendapati, lori terbabit hilang kawalan dan masuk ke laluan treler sebelum kedua-dua kenderaan itu bertembung. Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI