fbpx

Dikecam sebab tak jaga sensitiviti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VICTON

KUMPULAN Victon dikecam hebat peminat sendiri akibat memuat naik video latihan menari menggunakan sebuah lagu yang didedikasikan khas buat mangsa keganasan polis Amerika Syarikat (AS), Breonna Taylor.

Taylor ditembak mati dalam pangsapurinya oleh anggota polis dan menjadi simbol bagi pergerakan Black Lives Matter, selain seruan tunjuk perasaan oleh masyarakat yang menyifatkan kejadian tersebut sebagai keganasan polis.

Video tersebut dikongsikan sendiri anggota kumpulan itu, namun dipadam selepas mendapat kritikan peminat.

Bagaimanapun mereka mendakwa tidak mengetahui bahawa lagu tersebut mempunyai maksud tertentu.

Menyedari tindakan sebegitu tidak sepatutnya dilakukan Victon, wakil kumpulan peminat menghantar notis teguran kepada kumpulan itu dan agensi mereka.

“Lagu itu dicipta untuk mencetuskan kesedaran berkenaan insiden membabitkan Breonna Taylor. Jadi artis dan agensi sepatutnya sedar dengan isu ini tetapi tindakan yang dilakukan Victon menunjukkan sebaliknya.

“Kami mohon kepada PlayM Entertainment supaya kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi.

Kami berharap kalian meningkatkan lagi tahap kesedaran dalam kalangan artis,” ujar wakil kumpulan peminat Victon.

Selepas video tersebut dipadam, kesemua anggota Victon tampil membuat permohonan maaf menerusi akaun media sosial masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI