fbpx

Program Gerila Mamak Cyber, Tune Protect meriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Promosi Kempen 'Gerila Mamak Cyber' bersama T.P The Thumb di Bazar Ramadan Seksyen 13 Shah Alam di sini, hari ini. Foto FARIZ RUSADIO / PEMBERITA: UTUSAN / KOSMO

SHAH ALAM- Kemeriahan jelas dirasai dalam program Gerila Mamak Cyber bersama Tune Protect di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam, di sini hari ini.

Pengunjung bazar tersebut diberikan belon serta sampul duit percuma dalam program yang dianjurkan bersama Media Mulia Sdn. Bhd. (Media Mulia) dan Tune Protect Malaysia (Tune Protect).

Ketua Bahagian Penjenamaan, Komunikasi dan Korporat Sosial Tune Protect, Esther Chew berkata, program tersebut dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada pengunjung bahawa pentingnya melanggan pelan perlindungan kesihatan.

“Pemilihan bazar Stadium Shah Alam sebagai lokasi program kerana bazar tersebut antara yang paling ramai dikunjungi di Selangor.

“Kami menyasarkan untuk menarik lebih ramai rakyat Malaysia mengambil insurans daripada Tune Protect,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurut beliau, pengunjung berpeluang memenangi hadiah istimewa sekiranya mereka memuat turun aplikasi dan melanggan Tune Protect di telefon pintar mereka.

Jelas Esther, terdapat beberapa pilihan aplikasi kesihatan kepada penggunanya seperti mengira jumlah langkah, tidur dalam sehari dan lain-lain lagi.

“Di khemah acara, pengunjung berpeluang memenangi pelbagai hadiah seperti pen, pelekat kereta, bag dan lain-lain lagi dengan bermain roda impian.

“Esok (Sabtu), program Gerila Mamak Cyber bersama Tune Protect dijalankan di Bazar Ramadan Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur dan kami harap ramai pengunjung bazar tersebut dapat menyertai program yang disediakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI