fbpx

Hujan lebat, ribut petir di enam negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka melanda enam negeri pada petang ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, antara negeri yang terlibat adalah Selangor (Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang) serta seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya.

Selain itu, cuaca buruk yang sama turut berlaku sekitar Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin) dan seluruh negeri Melaka.

“Hujan lebat serta ribut petir turut diramal melanda Sabah melibatkan Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Beluran),” katanya.

Jelas kenyataan itu lagi, keadaan tersebut dijangka berterusan sehingga pukul 7 petang nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI