fbpx

Innovathon beri peluang rakyat kembang idea inovasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi (tengah) menandatangani gimik pelancaran rancangan realiti televisyen inovasi (Innovathon) di Putrajaya hari ini.- Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melancarkan program realiti televisyen dikenali Innovathon khusus memberi peluang kepada rakyat mengembangkan idea inovatif di negara ini.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, program itu diharap dapat menjana dan mengembangkan idea inovatif yang boleh dikomersialkan sebagai produk digital dan teknologi pada masa akan datang.

Beliau berkata, ia dilaksanakan dengan kerjasama saluran televisyen berbayar, Astro dan akan ditayangkan secara episod bermula Jun depan.

“Buat permulaan, rakyat Malaysia yang berminat tanpa mengira had umur boleh menyertai program itu dengan menghantar idea inovatif berbentuk video ringkas masing-masing bermula hari ini sehinga 7 Mei depan

“Program realiti tv ini TV dijangka mula bersiaran pada Jun selama 10 minggu,” katanya pada majlis pra pelancaran Innovathon di sini, hari ini.

Katanya, video ringkas yang dihantar akan dinilai dan peserta terpilih kemudiannya dijemput hadir secara fizikal untuk saringan panel hakim di enam lokasi Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Pahang, Sarawak dan
Sabah.

“Peserta pada peringkat ini akan menerima bimbingan daripada mentor berpengalaman dalam bidang perniagaan, produk, dan teknologi malah, idea mereka akan dibentangkan di hadapan bakal pelabur.

“56 idea inovasi terbaik yang melepasi uji bakat fizikal akan menyertai program realiti Innovathon dimana pemenang terpilih berpeluang memenangi modal asas permulaan RM1 juta,” katanya.

Individu berminat menyertai Innovathon boleh berkongsi idea masing-masing menerusi [email protected] beserta video ringkas bermula hari ini hingga 7 Mei depan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI