Salam Aidilfitri daripada kami. Jarak bukan lagi penghalang bagi ingatan dan kasih kami buat insan-insan teristimewa di hati terutama emak (Fazilah Musa) di di Felda Lubok Merbau, Kedah dan mama (Syarifah Mastura Syed Hamid) di Taman Sentosa, Klang, Selangor. Waktu ‘mengalir’ deras bagaikan air, Ramadan yang suci akan segera berakhir. Meskipun kita tak dapat bersama meraikan keindahan Aidilfitri, warkah ini kami kirimkan buat pengganti diri memohon maaf setulus hati kepada emak dan mama. Juga buat adik-beradik di Kedah dan Selangor, saudara mara dan sahabat handai yang sentiasa di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Daripada: Mejar Syed Helmy Sufry Syed Yunus, Mejar Masrina Jamaludin, Syed Muhd Farooq, Syarifah Nur Fathia dan Syed Muhd Fayadh
Lokasi: US Army, Command and General Staff Collage, Kansas, Amerika Syarikat
Para perantau boleh e-melkan gambar bersama ucapan kepada kami di [email protected]. Jangan lupa sertakan nama pengirim dan lokasi perantauan.