fbpx

Keindahan Khanti Rossa, luar biasa!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RATU ‘soundtrack’ Indonesia, Rossa kembali berpadu bersama komposer yang diberikan jolokan sama, Melly Goeslaw menerusi lagu Khanti, sebuah karya melankolik luar biasa emosinya.

“AKU dan kamu bagai sang surya, selalu dirindukan pagi hari.”

Demikian antara bait lirik penuh romantis dalam lagu terbaharu daripada Ratu ‘soundtrack’ Indonesia, Datuk Seri Rossa berjudul Khanti.

Dicipta sepenuhnya oleh Melly Goeslow, sementelah susunan muzik hasil kerja genius Andi Rianto, lagu yang dijadikan runut bunyi drama fenomena Viu Indonesia, Bidadari Bermata Bening tersebut terkandung nuansa yang sangat luar biasa.

Melankolik, ‘senang tangkap’

Luar biasa bukan hanya dari segi melodi dan nukilan lirik, bahkan listrik vokal serta penghayatan emosi Rossa sebagai vokalis karya tersebut menusuk tepat ke dalam jiwa setiap pendengar.

ROSSA hadir dengan single terbaharu berjudul Khanti.

Dentingan piano dan permainan alat muzik lain juga berjaya menerbitkan keinsafan, namun pada masa sama, menyuntik semangat berkasih sayang antara manusia.

Paling utama harapan dihamparkan sepenuhnya kepada Ilahi.

Buat penulis secara peribadi, pertama kali mendengar lagu melankolik diadun bersama pengisian agama dalam Khanti, sepertinya sudah lama lagu berkenaan bermain-main dalam benak emosi.

Dari segi melodi, Khanti seolah-olah bukan sebuah lagu baharu yang perlu diperkenalkan ke halwa telinga, sekali gus memberi ruang yang mudah untuk melekat dalam hati dan minda.

Kualiti tersebut adalah satu perihal yang tidak selalu ada, hanya karya adunan Melly yang mampu mencapai tahap sedemikian.

Dengar sekali, terus melekat dan menjadi siulan di bibir.

Rossa yang sangat dikenali dengan lagu Ayat-Ayat Cinta pula tahu benar tugasan yang perlu dipertontonkan dan diperdengarkan kepada pendengar.

Kerjasama tepat

Lantas, dengan semua kerjasama jitu daripada penggubah lagu, pelantun dan arranger, terlahirkan sebuah mahakarya yang layak dijulang khalayak bernama Khanti.

ROSSA menumpahkan segenap rasa dan emosi dalam lagu Khanti yang cukup sarat dengan permainan jiwa.

Beberapa hari lalu, penulis sempat bertemu dengan Rossa dan mendengar beliau menyanyikan Khanti secara langsung.

Biarpun hanya dibantu minus one, merdu, rintihan dan emosi Rossa menyanyikan lagu tersebut sangat membenam dampak luar biasa.

Tiada niat ‘mengipas’ di sini tetapi sungguh, Khanti ternyata duduk sebaris dengan lagu-lagu kerohanian cinta Rossa lain seperti Ketika Cinta Bertasbih, Di Atas Sejadah Cinta, Hijrah Cinta dan banyak lagi.

Ocha, terima kasih atas perkongsian Khanti. Masih tetap utuh dan pada masa sama, membumi penuh tunduk biarpun sudah berstatus diva Nusantara. Selamat dan sukses terus Ocha!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI