fbpx

Bomba keluarkan sembilan notis bahaya kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
A. RAVI (tengah) menyampaikan risalah berkaitan keselamatan kebakaran kepada para pelanggan di pasar raya TF Value Mart Tapah hari ini.

TAPAH – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak mengeluarkan sembilan notis menghapus bahaya kebakaran kepada premis yang dikesan melanggar peraturan di bawah Akta Perkhidmatan Bomba 1988.

Ketua Cawangan Penyiasatan Kebakaran Zon 4 Tapah, A. Ravi berkata, notis itu dikeluarkan selepas pemeriksaan dilakukan ke atas 23 premis di Zon 4 melibatkan daerah Batang Padang, Muallim, Hilir Perak dan Bagan Datuk.

Katanya, pemeriksaan yang bermula 31 Mac lalu itu melibatkan pusat beli-belah, pasar raya dan premis perniagaan.

“Tumpuan kempen dan pemeriksaan ini adalah bagi memastikan premis-premis ini menepati peraturan dan arahan berhubung undang-undang kecil bangunan seragam.

“Pemeriksaan juga bagi memastikan semua kelengkapan pepasangan keselamatan kebakaran sedia ada dalam keadaan baik selain jalan keluar bebas daripada halangan,” katanya ketika Kempen Pemeriksaan Menghapus Bahaya Kebakaran sempena musim perayaan di TF Value Mart di sini hari ini.

Menurut beliau, dalam kempen itu juga pihaknya memberi tumpuan kepada orang awam berkaitan kesedaran keselamatan kebakaran di rumah.

Katanya, orang awam yang meninggalkan kediaman ketika musim perayaan dinasihatkan supaya memastikan semua perkakas elektrik dimatikan dan plug sambungan dicabut dari soket. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI