DAHULU dikecam, kini dikasihani. Begitulah yang dapat menggambarkan pandangan ramai terhadap pelakon juga pengarah sensasi, Syamsul Yusof sebaik memuat naik foto bersama dua anaknya baru-baru ini.
Foto memaparkan Syamsul bertemu dengan Syaikhul dan Sumayyah tersebut membikin sebak khalayak sehingga ada yang mendoakan hubungannya dengan Puteri Sarah Liyana tidak terlerai.
Selain itu, foto yang dikongsi pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu menerusi satu hantaran Instagram turut tular dalam TikTok.
“Alahai sebak lihat kegembiraan si anak apabila dapat bertemu bapanya. Gembira sungguh wajah Sumayyah.
“Semoga Ramadan pada tahun ini memberi kebahagiaan kepada anak-anak Syamsul dan Puteri Sarah,” kata beberapa pengguna TikTok.