fbpx

Pelancong Israel maut, puluhan cedera kemalangan di Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH bas membawa pelancong Israel terbalik di sebatang jalan di Chungju semalam. – AFP

SEOUL – Sebuah bas membawa pelancong Israeli terbalik di jalan pedalaman di tengah Korea Selatan, kata polis tempatan hari ini, menyebabkan seorang mangsa meninggal dunia dan berpuluh-puluh yang lain cedera.

Bas membawa seramai 33 pelancong Israel itu bergerak dari bandar bersejarah Gyeongju di bahagian tenggara menunjuk ke Chungju apabila ia terbalik lewat semalam selepas melalui selekoh tajam, kata polis. 

“Jalan curam menyebabkan pemandu hilang kawalan dan melanggar pokok. Bas itu kemudian terbalik,” kata polis  Chungju.

Kementerian Luar Israel di Baitulmuqaddis berkata bahawa menurut pegawai-pegawai Korea Selatan, seorang wanita Israel terbunuh, manakala baki penumpang lain cedera dengan sebilangan mereka serius. 

Pemandu bas dan pemandu pelancong warga Korea Selatan turut cedera dan dibawa ke hospital, demikian menurut pihak berkuasa. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI