fbpx

Wanita mungkin diusir dari Bali kerana berbogel di pokok Kayu Putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita berdepan pengusiran selepas dia berbogel di pokok Kayu Putih berusia 700 tahun di Tambanan, Bali baru-baru ini. - Foto The World Travel Guy

DENPASAR – Seorang pesohor media sosial berdepan pengusiran dari Bali selepas dia menjadi wanita kedua dalam tempoh kurang setahun yang berbogel di sisi sebatang pokok berusia 700 tahun dan dianggap suci oleh masyarakat setempat, lapor portal berita MailOnline semalam.

Aktivis dan ahli perniagaan tempatan, Ni Luh Djelantik berkongsi gambar menunjukkan wanita itu bergambar di sisi pokok Kayu Putih yang terletak di belakang sebuah kuil di Tabanan, kira-kira 23 kilometer di barat laut Denpasar pada Rabu lalu.

“Kepada semua warga asing yang tidak menghormati tanah kami, Bali adalah rumah kami, bukan milik anda! Adakah anda fikir anda akan kelihatan hebat dengan merakam gambar bogel di  pokok suci kami?

“Pulang ke negara anda jika anda tidak boleh menghormati tradisi dan budaya kami!” kata kapsyen pada gambar tersebut.

Bagaimanapun, wanita misteri itu dilaporkan telah ditangkap berikutan gambar bogel itu.

Skandal itu berlaku kurang setahun selepas pesohor yoga dari Russia, Alina Fazleeva dihantar pulang kerana bergambar dalam keadaan bogel di pokok suci itu.

Fazleeva berdepan reaksi hebat selepas berkongsi gambarnya di media sosial. Wanita itu kemudian menyiarkan video permohonan maaf memaparkan dia berdoa di pangkal pohon itu dengan berpakaian lengkap dan menyatakan kekesalannya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI