fbpx

Lelaki ditahan disyaki bakar motosikal, skuter elektrik di Suria KLCC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara motosikal yang musnah dalam kebakaran di Suria KLCC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, petang semalam. -Foto JBPMKL

PETALING JAYA – Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kejadian membakar 13 motosikal dan empat skuter elektrik di sebuah kawasan parkir terbuka di hadapan Suria KLCC, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, suspek berusia 34 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi selepas beberapa jam kejadian itu berlaku.

“Bahagian Siasatan Jenayah IPD Dang Wangi telah menerima satu laporan polis berkaitan kejadian kebakaran membabitkan motosikal yang berlaku di ruangan parkir Suria KLCC, Jalan Ampang.

“Siasatan awal yang dijalankan mendapati kejadian tersebut membabitkan 13 buah motosikal dan empat skuter elektrik yang mana kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ujarnya, hasil tangkapan itu pihak polis turut merampas sebuah motosikal jenis Honda RS, serangkai kunci motosikal, sehelai baju dan sehelai seluar, sepasang sarung tangan, satu beg, sebuah jam tangan dan satu pemetik api

Katanya, hasil tangkapan itu pihaknya telah membuka satu kertas siasatan membabitkan kejadian kebakaran tersebut di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan suspek direman selama enam hari bermula hari ini.

Tambah beliau, sehingga kini pihaknya menerima sebanyak 10 laporan berhubung kejadian tersebut dan motif serta punca kejadian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI