fbpx

MSU anjur majlis buka puasa bersama 200 anak yatim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shukri menyampaikan sumbangan MSU kepada anak yatim, baru-baru ini.

SHAH ALAM – Seramai 200 penghuni dari 20 rumah kebajikan di sekitar Lembah Klang diraikan pada Majlis Berbuka Puasa Management and Science University (MSU) Bersama Anak-Anak Yatim di Dewan Canselor Kampus MSU, di sini baru-baru ini.

Antara rumah kebajikan terlibat adalah Teratak Nur Barakah, Madrasah Anak Yatim dan Tahfiz Quran Hashimiah, Rumah Amal Limpahan Kasih, Rumah Kasih Harmoni, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Al-Nasuha serta Persatuan Kebajikan Anak Yatim Al-Munirah.

MSU dalam satu kenyataan media berkata, Majlis Berbuka Puasa MSU Bersama Anak-Anak Yatim itu diadakan sebagai sebahagian daripada aktiviti bersempena program MSU Ihya Ramadan 2023.

“Ia bermatlamat menyantuni dan berkongsi rezeki bersama kelompok komuniti yang tidak bernasib baik. Hubungan MSU dan rumah-rumah kebajikan ini telah terjalin sejak tahun 2010 dan berkekalan hingga kini,” kata kenyataan itu, hari ini.

Menurut MSU, Majlis Berbuka Puasa MSU Bersama Anak-Anak Yatim disempurnakan oleh Presiden MSU, Prof. Tan Sri Datuk Wira Dr. Mohd. Shukri Ab. Yajid yang turut menyerahkan sumbangan wang zakat dan duit raya RM80,000 oleh Yayasan MSU.

Kata kenyataan itu, majlis penyerahan zakat dan duit raya berkenaan acara tradisi MSU dalam mencerminkan komitmen universiti itu memenuhi tanggungjawab terhadap komuniti serta menyuburkan budaya bersyukur dan memberi.

Tambah kenyataan itu, program MSU Ihya Ramadhan 2023 turut menyaksikan pelaksanaan pelbagai aktiviti melibatkan warga kampus dan komuniti setempat.

“Antaranya majlis sumbangan zakat kepada pelajar MSU dan Kolej MSU serta pelajar-pelajar sekolah menengah terpilih di Lembah Klang, ‘MSU Cares B40 Project’, GPS Ramadan, ‘Alumni: Box of Happiness’, ‘MSU Quranic League’, Sinar Ramadan 6.0, ‘Ramadan Booster 2.0’, ‘For You Series: Veggie Burgers, Bubur Lambuk 5.0, Amal Ramadan 2.0, Muafakat Ramadan dan Kembara Sahur 3.0.

“Turut sama menjalankan aktiviti sempena MSU Ihya Ramadan 2023 adalah kampus pesisir antarabangsa MSU, International Medical School di Bangalore melalui GPS Ramadan: Bangalore Chapter serta Ramadan@Jakarta Global University (JGU).

“Manakala bazar Ramadan pula memberi peluang kepada vendor yang terdiri dari kumpulan asnaf B40, ibu tunggal, mualaf, serta Orang Kelainan Upaya (OKU) menjual pelbagai juadah berbuka puasa kepada warga kampus,” kata MSU. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI