fbpx

11 individu ditahan terlibat penipuan tawaran kerja dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Ampang, semalam.

PETALING JAYA – Polis menahan seramai 11 individu selepas terlibat kegiatan penipuan tawaran kerja dalam talian, dalam satu serbuan di sebuah premis di Jalan Ampang Kuala Lumpur, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, serbuan pada pukul 3.10 petang itu  dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Katanya, kesemua yang ditahan terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita warga tempatan serta seorang wanita warga asing masing-masing berumur lingkungan 18 hingga 46 tahun.

“Hasil siasatan awal mendapati sindiket ini menyewa premis ini dan telah beroperasi selama hampir sebulan.

“Kesemua tangkapan berperanan sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan, menawarkan pekerjaan dalam talian kepada warganegara asing di luar negara,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil serbuan juga pihaknya turut merampas 10 unit monitor komputer, CPU komputer (tujuh), telefon bimbit pelbagai jenama (34), papan kekunci (10), tetikus (10), modem (satu), router (tiga) dan serangkai kunci.

Jelasnya, kesemua mereka direman selama empat hari bermula hari ini bagi tujuan sisatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, semakan rekod jenayah ke atas semua individu berkenaan juga mendapati tidak mempunyai rekod lampau.

Noor Delhan juga menyeru orang ramai untuk memberi kerjasama dan menyalurkan maklumat tentang sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang disalurkan ke IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI