fbpx

Perantau luah rasa rindu rendang, ketupat, suasana raya di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penuntut Universiti Al-Azhar menyambut hari raya bersama rakan di Kaherah, Mesir tahun lalu.

PETALING JAYA – Rendang, ketupat dan suasana Aidilfitri di kampung antara momen paling dirindui ramai rakyat Malaysia yang terpaksa meraikan hari raya di luar negara.

Rata-rata mereka mengakui suasana beraya di negara orang tidak semeriah meraikan Aidilfitri di kampung bersama ibu bapa dan adik-beradik.

Pembantu Atase Pendidikan Negeri Sembilan yang bertugas di Kaherah, Mesir, Mohd. Arif Asri, 26, berkata, dia sangat merindui suasana beraya bersama ahli keluarga di Seremban.

“Ini adalah tahun kedua saya beraya di Kaherah. Saya perlu menjaga kebajikan pelajar yang belajar di sini (Kahareh) dan jujur saya katakan, saya memang sangat rindukan tanah air, ibu-bapa dan adik beradik.

“Bagi mengurangkan rindu, saya dan rakan-rakan membuat pelbagai jenis kuih dan menghias bangunan dengan lampu ‘fanus’ untuk nampak lebih meriah se­perti di tanah air,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambahnya, dia juga akan menghubungi ahli keluarga pada hari raya pertama melalui panggilan video di aplikasi WhatsApp.

Seorang penuntut di Universiti Al-Azhar Mesir, Muhammad Anas Saiful Bahri, 24, pula berkata, dia sangat merindui juadah raya di tanah air seperti rendang, kuah kacang dan nasi impit.

Dia yang sudah enam tahun menetap di Kaherah bagi melan­jutkan pengajiannya dalam bidang Syariah Islamiah mengakui sangat merindui suasana beraya di Malaysia bersama sanak saudara.

“Kalau dahulu di Malaysia, saya dan ahli keluarga akan berkumpul beramai-ramai untuk mengadakan baraan bersama orang kampung, kunjung-mengunjung rumah ke rumah untuk mengeratkan tali persaudaraan,” katanya.

Pelajar jurusan Pengajian Islam Bahasa Arab di universiti sama, Muhammad Isma Syafiq Mohd. Azizzul, 24, berkata, kemeriahan beraya di perantauan masih tetap dirasai walaupun jauh dari tanah air.

“Saya di sini ada ramai kawan, apabila waktu hari raya, kami akan berkumpul dan membuat baraan bersama-sama di universiti, tetapi suasana agak berbeza.

“Walaupun berada jauh dari keluarga tersayang, anak-anak perantau tidak boleh sedih kera­na hari lebaran patut diraikan dalam suasana gembira.

“Alang-alang tahun ini merupakan tahun terakhir saya di sini, jadi kita manfaatkan peluang yang ada sebelum pulang semula ke Malaysia,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI