fbpx

Aidilfitri: Jualan murah ayam, telur mulai esok di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menawarkan harga murah bagi ayam, telur, daging, beras dan minyak masak sempena Jualan Mega Ehsan Aidilfitri bermula esok.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Awam negeri, Izham Hashim berkata, program khas di 23 lokasi itu dilaksanakan menerusi kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah).

Katanya, jualan itu menawarkan kuantiti barangan lebih banyak termasuk lebih 36,000 ayam berbanding penganjuran Jelajah Ehsan Rakyat (JER).

“Jualan keseluruhan dianggarkan RM1.5 juta termasuk subsidi daripada kerajaan negeri berjumlah RM375,000.

“Subsidi itu akan disalurkan kepada tiga agensi berkenaan mengikut jumlah barangan yang dijual nanti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jualan mega itu penjimatan harga 30 peratus berbanding paaaran sedia ada dengan harga ayam standard hanya RM10 seekor dan daging pejal segar RM35 per kilogram (kg).

Telur ayam Gred B pula ditawarkan dengan RM10 sepapan (30 biji) manakala beras hanya RM10 (pek 5kg) dan minyak masak (5kg) pada harga RM25.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS, Dr. Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata, program berkenaan merupakan kesinambungan Program JER yang dilaksanakan pihaknya sejak September tahun lalu.

“Justeru, kami berusaha mendapatkan stok produk segar yang lebih banyak bagi membantu meringankan beban rakyat B40 di Selangor,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan jadual lengkap dan lokasi program itu menerusi  pautan https://linktr.ee/myPKPS. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI