fbpx

Tiga suspek sindiket pukau, tipu warga emas ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Tiga suspek terdiri daripada seorang lelaki tempatan dan dua wanita warga China ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kegiatan menipu secara pukau bersemuka dengan menyasarkan warga emas.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, ketiga-tiga mereka ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis di kawasan Simpang Kuala, dekat sini kira-kira pukul 11.45 pagi semalam.

Katanya, kereta dinaiki tiga suspek terbabit dikesan berada di kawasan tersebut melalui risikan Op Gagak yang dilaksanakan pihak polis.

“Penahanan tiga suspek itu dibuat kurang 24 jam selepas mereka dipercayai memperdaya seorang wanita berusia 70 tahun melibatkan kerugian berjumlah RM110,000.

“Siasatan mendapati mereka bergerak menggunakan kereta sewa dan akan mengenal pasti mangsa daripada golongan warga emas di pasar pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek akan berpura-pura meminta bantuan kewangan dengan alasan saudaranya sedang sakit dan memerlukan rawatan segera.

“Mereka kemudiannya akan mendorong mangsa untuk menyerahkan wang, barang kemas atau barangan berharga lain dengan menjanjikan pulangan lumayan sebagai balasan.

“Mangsa bagaimanapun hanya sedar telah ditipu apabila mendapati ‘pulangan’ dijanjikan itu hanyalah air mineral serta garam yang diletakkan di dalam sampul,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI