fbpx

Banglo RM6 juta buat orang tua, Rossa percaya duit bukan segalanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSSA membelikan banglo mewah berharga RM6 juta sebagai hadiah buat orang tuanya pada 2021.

KUALA LUMPUR – Setia berbakti kepada kedua ibu bapa, penyanyi ‘papan atas’ Indonesia Datuk Seri Rossa menitipkan pesanan bahawa selagi punya kesempatan berbuat demikian, teruslah menjadi anak yang baik.

Rossa atau nama sebenarnya, Sri Rossa Roslaina Handiyani berkata, jangan menyesal pada kemudian hari apabila masa bersama orang tua tidak lagi datang menyinggah.

“Mama papa saya juga sudah makin tua Jadi, sekarang saya ingin selalu menghabiskan masa bersama mereka di kampung.

“Betul, orang tua kita makin lama, makin menua. Saya nak selalu ada untuk orang mereka sebab kita tak boleh hentikan masa dan mengundur masa ke belakang.

“Makin lama juga, kita lebih menghargai orang sekeliling. Siapa yang pergi dahulu (menghadap Ilahi), kita sendiri tidak tahu.

“Tapi, yang paling pasti jangan sampai menyesal kita macam kurang memberi sewaktu orang tua masih lagi bernyawa,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis berbuka puasa bersama media Malaysia di sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.

Rossa yang baru sahaja merilis single terbaharu berjudul Khanti menjelaskan lagi, ketika pandemik Covid-19, dia banyak belajar untuk menghargai banyak perkara dalam hidup.

“Ketika pandemik, kita diajarkan banyak hal. Selalu bertanya khabar dengan orang tersayang disebabkan ‘terkurung’ oleh jarak. Pandemik mengajar saya untuk lebih mendekat dengan orang-orang yang saya kasihi,” ujarnya.

Pernah menghadiahkan orang tuanya sebuah rumah banglo bernilai RM6 juta, Rossa, 45, bagaimanapun tidak menafikan bahawa wang boleh memberi kebahagiaan buat manusia.

“Duit boleh beli kebahagian dan itu betul. Hal ini kerana, makanan yang enak juga memerlukan wang untuk dibeli, bukan?

“Sebab itulah, kita bekerja keras. Kalau kita menginginkan sesuatu, biasanya benda itu digapai dengan kerja keras.

“Kalau dah bekerja, alhamdulillah nanti ada rezeki. Rezeki itu yang boleh membahagiakan orang tua. Nak pulang kampung pun pakai wang, nak beli baju baharu untuk mama papa juga guna wang.

“Tapi, pada satu sudut lain, wang bukan segalanya,” katanya.

Sebelum ini sekitar 2021, media Indonesia melaporkan, Rossa yang cukup popular dengan lagu Tegar menghadiahkan ibu bapanya sebuah rumah banglo bernilai Rp 20 milliar (kira-kira RM6 juta) di kampung halamannya, Sumedang, Jawa Barat, Indonesia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI