fbpx

Peniaga bengang, pelanggan makan sampai alas meja koyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar keadaan kedai Aida selepas pelanggan tersebut beredar.

PETALING JAYA – Seorang peniaga meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap satu keluarga yang datang menjamu selera di kedai makannya.

Menerusi video yang dikongsi Cikgu Aida di laman TikTok miliknya memaparkan keadaan meja makan yang berselerak dan sisa makanan yang bertaburan di atas lantai.

“Sampai koyak meja, anak dia buat,” katanya di ruangan kapsyen.

Menurutnya lagi, keluarga berkenaan bersikap lepas tangan kerana hanya melihat perbuatan anak mereka yang menjatuhkan sudu, membazir tisu dan membuang sampah di bawah meja.

“Ragam ‘customer’ yang tak tahu ‘common sense’ dan ‘manner’. Anak dia main sudu sampai jatuh, bazirkan tisu, buang sampah semua dekat bawah kerusi,” katanya.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut mengundang kecaman daripada orang ramai yang menganggap hal tersebut merupakan hal kecil. Ada dalam kalangan mereka berseloroh mahu membawa penyapu dan mop untuk membantu membersihkan kedai usai makan.

“Tolong kongsi nama kedai, takut pergi karang. Anak saya baru umur setahun. Takut kena kecam pula,” kata Nureana.

“Lepas ni, sesiapa yang pergi kedai makan mana-mana kena sapu dulu baru boleh balik ataupun cuci pinggan sekali. Baru puas rasa hati kot,” ujar Mastura.

Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih 200,000 tontonan dan 1,526 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI