fbpx

[VIDEO] Menggigil terserempak harimau kumbang belakang rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamdan menunjukkan lokasi dia ternampak harimau kumbang dari tebing berbukit berhampiran rumah serta kandang ternakannya di Kampung Gachong, Inas hari ini.

KUALA PILAH – Seorang pesara tentera menggigil kerana terserempak seekor harimau kumbang berhampiran kandang ternakannya di Kampung Gachong, Inas, di sini, petang kelmarin.

Pesara berkenaan, Hamdan Alias, 60, berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 6.20 petang, dia mahu ke motosikal yang diletakkan di belakang rumah, namun perjalanannya terhenti apabila terdengar bunyi pelik.

“Saya dengar bunyi macam mengaum. Saya ingat kucing.  Saya toleh, tetapi kucing tak berbunyi. Saya pusing semula untuk teruskan perjalanan ke motosikal. Rupa-rupanya seekor harimau kumbang sedang hendap saya.

“Mujur dia (harimau kumbang) patah balik naik ke tebing bukit setinggi lebih tiga meter. Masa tu naik bulu roma saya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Gachong, Inas, di sini.

Menurut Hamdan,  dia memaklumkan kejadian itu kepada penduduk selepas solat terawih dan penduduk meminta untuk melihat rakaman kamera litar tertutup yang berada di rumahnya.

“Harimau kumbang datang dari tebing bukit terus ke kandang ternakan. Keesokkan hari (semalam) saya buat aduan kepada Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan),” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Nurul Ermi Ramli mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut dan akan membuat pemantauan, namun kelibat haiwan itu belum kelihatan setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI