fbpx

Jumlah pesakit Covid-19 di hospital meningkat 17.6 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jumlah kemasukan pesakit akibat Covid-19 ke hospital seluruh negara mencatatkan peningkatan lebih 17.6 peratus pada bulan ini berbanding bulan sebelumnya.

Bagaimanapun kata Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa, trend itu tidak membebankan perkhidmatan kesihatan dan hospital masih beroperasi seperti biasa.

Jelasnya, majoriti pesakit yang dimasukkan ke hospital adalah golongan berisiko tinggi seperti warga emas dan individu dengan komorbid.

“Bagaimanapun, kebanyakan kes bergejala ringan, stabil dan situasi Covid-19 kekal tidak membimbangkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zaliha berkata, sehingga 11 April lalu, kematian Covid-19 dilaporkan hanya dengan kadar kematian (Case Fatality Rate – CFR) 0.3 peratus (berbanding gelombang Delta dengan CFR yang tinggi iaitu sebanyak 2.1 peratus) iaitu 63.8 peratus melibatkan pesakit berumur 60 tahun dan ke atas, manakala 90.7 peratus adalah dalam kalangan individu dengan komorbid.

Katanya, kematian pesakit yang tidak pernah divaksinasi adalah enam kali lebih tinggi berbanding pesakit yang mendapat satu dos penggalak.

“Berdasarkan data sehingga 11 April lalu juga, hanya 50 peratus (16,325,561) penduduk Malaysia telah menerima dos penggalak pertama dan 2.5 peratus (818,420) sahaja telah menerima dos penggalak kedua.

“Risiko kemasukan ke hospital dan keterukan gejala boleh dikurangkan dengan pengambilan dos penggalak.

“Justeru, orang ramai terutamanya bagi individu yang berisiko tinggi disarankan untuk mendapatkan dos penggalak disebabkan berlaku penurunan imuniti (waning immunity) dalam tempoh tiga hingga enam bulan daripada dos terakhir,”ujarnya.

Pada masa sama, Zaliha berkata, Kementerian Kesihatan akan terus memantau situasi Covid-19 serta varian yang terdapat di dalam dan luar negara selain memastikan kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan berada dalam keadaan yang optima. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI