fbpx

Hanya ada RM50, bapa tak mampu jamin anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang peguam berkongsi kisah sedih mengenai seorang bapa tidak mampu menjamin anak lelakinya yang juga remaja bawah umur selepas disabitkan kesalahan mencuri.

Melalui perkongsian video Aminahtul Mardiah di akaun TikTok miliknya, dia memaklumkan remaja berkenaan sudah melakukan kesalahan sama sebanyak dua kali.

Kongsinya, kali pertama remaja itu mencuri Milo sebanyak tiga tin, manakala kali kedua sebanyak lima tin Milo.

“Kalau mengikut pertuduhan, remaja ini mencuri lima tin Milo dan saya juga dimaklumkan bahawa ini perbuatannya kali ke dua.

“Masa kali pertama tiga tin Milo tidak dipertuduhkan, kali kedua lima tin dipertuduhkan,” katanya.

Tambah Aminahtul lagi, dia membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM500, namun berasa sebak apabila bapa remaja berkenaan hanya mempunyai wang sebanyak RM50 untuk menampung kehidupan keluarga selama seminggu.

Jelasnya lagi, bapa remaja berkenaan hanya bekerja mengambil upah membuat kerja kampung, manakala ibu dan adik remaja berkenaan terlantar sakit.

Justeru, Aminahtul menasihati orang ramai supaya sentiasa bersyukur kerana ramai yang lagi susah di luar sana.

“Kadang-kadang kita dalam hidup rasa susah. Apa cabaran ataupun dugaan yang Allah bagi kita ni dah terlampau susah dan terlampau sakit dah. Tapi kita lupa dekat luar ni ramai lagi yang ‘struggling’,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI