fbpx

Mayat nelayan ditemui mati lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN penyelamat mengangkat mayat nelayan yang terjatuh ke dalam Sungai Endau, Mersing petang hari ini.

MERSING – Mayat nelayan yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Endau berjaya ditemui kira-kira lima meter dari lokasi mangsa terjatuh di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Endau petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Endau, Penolong Penguasa Bomba Mohd Alias Hussin berkata mayat Muhammad Al-Shafiq Abdul Rosool, 25, ditemui pada pukul 4.17 petang tadi.

“Mangsa yang dilaporkan hilang telah berjaya dijumpai oleh anggota pasukan penyelamat di air (PPDA) pada jarak lima meter dari lokasi mangsa terjatuh.

“Mangsa berjaya dibawa ke darat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Susulan itu operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada pukul 5.10 petang,”katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, menurut saksi mangsa yang bekerja sebagai nelayan dikatakan terjatuh ke dalam sungai ketika cuba melompat dari jeti ke bot sebelum tenggelam ke dalam air.

Selain anggota bomba SAR turut dibantu nelayan tempatan dengan menggunakan sebuah bot nelayan.-K!  ONLINE.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI