fbpx

EPL: Arsenal perlukan tahap berbeza baki lapan perlawanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL mensia-siakan kelebihan dua gol yang dimiliki ketika terikat 2-2 menentang Liverpool sebelum ini. – AFP

LONDON – Legenda Arsenal, Lauren menggesa pemain-pemain pasukan itu supaya berada di satu tahap lebih baik bagi membantu mereka berdepan tekanan dalam perebutan takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

The Gunners mensia-siakan peluang untuk terus menjarakkan diri dengan pencabar terdekat, Manchester City selepas mencatat keputusan seri 2-2 menentang Liverpool Ahad lalu meskipun pada awalnya memiliki kelebihan dua gol.

Justeru, Lauren yang merupakan sebahagian daripada skuad ‘Invincible’ 2003/04 berkata, Arsenal masih memiliki peluang cerah untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana musim ini meskipun terus ditekan City.

“Buat masa sekarang, saya menilai Arsenal menunjukkan aksi terbaik dalam usaha berdepan tekanan. Bagaimanapun, untuk memenangi gelaran liga, mereka perlu melakukan lebih daripada itu dan perlu menjadikan tiga mata sebagai sasaran dalam setiap perlawanan.

“Secara jujur, saya bangga dengan apa yang mereka tampilkan musim ini apabila menunjukkan dominasi dalam setiap perlawanan selain menang tujuh kali berturut-turut sebelum bertemu Liverpool,” katanya.

Sementara itu, beliau meng­anggap baki lapan perlawanan musim ini bakal menjadi penentu misi Arsenal dalam memburu gelaran liga kerana perlu berdepan aksi sukar bertemu City, Chelsea dan Newcastle.

“Saya harap semua pemain Arsenal dapat menangani tekanan dalam lapan perlawanan terakhir liga. Saya tahu mereka dapat sekurang-kurang satu mata bertemu Liverpool, namun tercicir dua mata sangat merugikan,” ujar Lauren. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI