fbpx

MOT tetapkan syarat baharu layak dapat dana ISBSF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke bergambar kenangan selepas MoU dengan syarikat pengendali bas henti-henti pada Majlis Menandatangani Perjanjian ISBSF 2023 di Kementerian Pengankutan, hari ini.

PUTRAJAYA – Pengendali bas henti-henti disyaratkan supaya mematuhi ketepatan masa mengikut jadual sekurang-kurangnya 80 peratus perjalanan sehari bagi layak mendapat Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti (ISBSF).

Itu syarat baharu ditetapkan Kementerian Pengangkutan (MOT) bagi agihan dana ISBSF berdasarkan kontrak penjanjian antara kementerian dan pengendali bas.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, penambahbaikan itu penting bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan bas kepada orang ramai.

Beliau berkata, kerajaan tidak akan membayar subsidi kepada pengendali bas tersebut untuk semua laluan sekiranya gagal mencapai tahap berkenaan.

“Berbanding perjanjian sebelum ini, kerajaan hanya pantau jumlah perjalanan yang disediakan oleh pengendali namun, ia berlainan kali ini dimana ketepatan masa turut dipantau,” katanya ketika berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian ISBSF 2023 di sini hari ini.

ISBSF adalah dana bagi membantu pihak pengendali bas henti-henti menampung kos operasi harian, terutama bagi laluan di kawasan luar bandar.

Loke berkata, dalam kontrak perjanjian baharu itu juga, kerajaan akan mewajibkan penggunaan sistem pembayaran tanpa tunai (cashless).

“Pengendali juga akan dibayar kos maksimum RM450 sebulan untuk setiap kenderaan yang dipasang sistem cashless bagi memastikan tidak berlaku lagi ketirisan hasil tambang yang dikutip,” katanya.

Terdahulu, pada majlis sama, sebanyak 37 syarikat bas henti-henti menandatangani perjanjian perlanjutan kontrak bantuan ISBSF membabitkan 26 syarikat pengendali bas.

Mereka menerima kontrak tiga tahun manakala 11 syarikat lagi menerima kontrak setahun dengan peruntukan kerajaan yang dianggarkan sebanyak RM169.87 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI