SIAPA sangka, di sebalik gaya hidup sihat dan bentuk badan ideal, penyanyi popular Rain sebenarnya berdepan fasa praobesiti selepas disahkan doktor pakar baru-baru ini.
Perkara tersebut didedahkan Rain selepas menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan doktor mengesahkan, berat badannya berada pada peringkat berlebihan (tahap praobesiti).
“Saya diminta untuk berjaga-jaga dan tidak menambahkan berat badan. Doktor menyarankan saya untuk kerap melakukan senaman aerobik dan menyeimbangkan amalan diet,” dedahnya.
Keputusan ujian tersebut nyata mengejutkan penyanyi juga pelakon itu kerana selama ini dia sememangnya seorang yang sangat menjaga kesihatan dan kerap bersenam.
Pendedahan dikongsi Rain mengundang rasa hairan dalam kalangan peminat apabila rata-ratanya mendakwa doktor yang memeriksa penyanyi itu tidak melakukan kerja dengan betul.
“Rain seorang yang sangat sihat, badan tegap dan selalu bersenam. Hairan pula saya kenapa dia boleh disahkan praobesiti,” ujar seorang peminat.