fbpx

Tak buang bapa, dia tetap darah daging saya – Syada Amzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYADA menarik perhatian pengguna Instagram apabila berkongsi kenyataan tidak akan lagi memuat naik foto bapanya, ND Lala selepas penyanyi itu dikatakan telah berkahwin dengan wanita lain.

KUALA LUMPUR – “Apa yang saya tulis itu ikhlas dari hati. Saya bercakap apa yang saya rasa pada waktu itu atas kerinduan terhadap bapa.”

Itu kata penyanyi Syada Amzah tentang surat terbuka yang ditujukan kepada bapanya, Datuk ND Lala apabila memberitahu tidak akan memuat naik lagi foto lelaki itu dalam media sosial selepas penyanyi era tahun 1990-an itu dikhabarkan telah berkahwin dengan wanita lain.

Syada atau nama lengkapnya Nursyuhada Amir Amzah ketika ditemui Kosmo! Online berkata, dia tidak mempunyai niat selain mengharapkan bapanya akan membaca surat terbuka itu yang dikongsikan dalam Instagram miliknya.

“Saya tidak mengharapkan apa-apa. Cuma saya harap, ayah baca surat terbuka saya itu dan fahami apa yang cuba saya sampaikan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Bagaimanapun, ujar Syada, sehingga kini bapanya masih tidak memberikan apa-apa maklum balas berhubung surat terbuka itu dan hanya mendiamkan diri.

Bercakap lebih lanjut, bekas peserta program Big Stage musim kedua (BS2) itu berkata dia tergerak untuk menulis surat terbuka itu ketika waktu sahur pada 9 April lalu yang juga bersamaan dengan tarikh lahir bapanya yang ke-62.

“Kenapa saya tulis surat terbuka itu sebab pada hari tersebut merupakan hari jadi ayah. Saya tidak ada niat lain seperti yang didakwa segelintir pihak.

“Bukan juga untuk meraih simpati atau perhatia sesiapa pun,” katanya.

Tambah adik kepada penyanyi Shila Amzah itu lagi, kali terakhir dengan berjumpa dengan bapanya adalah pada 1 April lalu sebelum lelaki itu gagal dihubungi sehingga ke hari ini.

Menjawab tuduhan netizen apabila Syada dikatakan mahu ‘membuang’ bapanya, penyanyi berusia 25 tahun itu menafikan tuduhan tersebut, malah mengakui masih menyayangi lelaki itu sebagai bapanya.

“Pasal orang cakap saya buang bapa saya, seperti yang semua orang tahu, kita tidak diberi pilihan untuk memilih siapa ibu bapa kita.

“Sebenarnya tiada istilah ‘membuang’ bapa. Macam mana saya nak buang? Sebab dia adalah darah daging saya.

“Walau apa pun terjadi, saya tidak boleh buang bapa saya. Semua anak-anak sayangkan dia. Nama saya pun selamanya akan berbintikan dia (Amir Amzah),” jelas Syada yang ditemui di majlis pelancaran lagu raya Marilah Pulang bersama Vida Malaysia di SkyArk, di sini, malam tadi.

Terdahulu, Syada menarik perhatian pengguna Instagram apabila berkongsi kenyataan tidak akan lagi memuat naik foto bapanya selepas lelaki itu berkahwin dengan wanita lain.

Syada berkata dia terpaksa menulis ‘surat’ terbuka dalam Instagram memandangkan bapanya itu tidak lagi ingin berhubung dengannya.

“Buat ayah, tiada lagi gambar anda bermula hari ini (9 April 2023).

“Surat terbuka ini ditulis kerana tiada siapa yang mempunyai akses untuk bercakap dengan anda,” coretnya menerusi hantaran status terbaharu dalam Instagram.

Pada masa sama, Syada memaklumkan dia reda apabila bapanya itu meninggalkan keluarga dan memilih orang lain.

“Selamat hari ulang tahun ke-62. Terima kasih untuk segala pengorbanan membesarkan kami empat beradik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI