fbpx

‘Alhamdulillah, jumpa orang baik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar duit dan surat yang ditinggalkan individu terbabit.

PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi pengalaman keretanya dihentam kenderaan lain tetapi individu tersebut bertanggungjawab dan tidak lari.

Melalui sebuah perkongsian Wani Rynn di media sosial memaparkan beberapa keping gambar duit, surat dan keadaan keretanya yang sedikit kemik.

Dalam surat tersebut, individu itu meminta maaf atas kesalahannya melanggar kereta Wani.

“Saya minta maaf kerana melanggar kenderaan anda,” kata individu tersebut.

Individu tersebut juga bermurah hati meninggalkan wang sebanyak RM360 untuk kos membaiki kenderaan Wani.

Menerusi kapsyen yang ditinggalkan Wani, dia berkata, dia bersyukur ditemukan dengan orang yang bertanggungjawab.

“Alhamdulillah, jumpa orang yang bertanggungjawab. Semoga dipermudahkan segala urusannya amin,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan lelaki tersebut yang berani mengakui kesalahannya itu.

“Baguslah, seorang yang bertanggungjawab. Harap ramai lagi insan macam ini. Kalau tiada duit sekalipun ‘atleast’ minta maaf bukan pergi begitu saja,” kata Iqa.

Perkongsian tersebut memperoleh lebih 100,000 tontonan dan 5023 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI