fbpx

Aidilfitri suram tiga beradik tanpa ibu, ayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZUL (dua dari kanan) menyampaikan faedah pencen kepada Naiemah di Kampung Kong-Kong Laut, Masai, Pasir Gudang semalam.

JOHOR BAHRU – Sambutan hari raya bagi tiga beradik di Kampung Kong Kong Laut, Pasir Gudang di sini menjadi suram apabila kehilangan bapa mereka dalam tempoh lapan bulan selepas pemergian ibu tercinta akibat kegagalan buah pinggang.

Fathanah Abdul Latif, 22, memberitahu, bapa mereka, Abdul Latif Mahmud, 62, lemas ketika memasang rawai pada 8 Mac lalu. Ibunya pula meninggal dunia pada 28 Ogos tahun lalu.

Katanya, arwah bapanya me­rupakan nelayan tradisional yang kuat bekerja dan rajin turun ke laut bagi mencari rezeki buat keluarga.

“Bapa gagal pulang selepas keluar memasang rawai di Sungai Nyor pada 6 Mac lalu. Dua hari kemudian kami menerima be­rita bahawa jasad arwah ditemui berdekatan kawasan paya pada pukul 12 tengah hari.

“Kami difahamkan kejadian itu mungkin berpunca daripada angin kuat,” katanya.

Fathanah ditemui ketika menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri Tiram, Azizul Bachok, Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Negeri Johor, Tong Sing Chuang dan Pegawai Ehwal Ekonomi Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Muhammad Hafil Azman.

Menurut Fathanah, bapanya tidak pernah lupa menyediakan makanan buat dia dan seorang adik selain mengirim hasil laut kepada kakak sulung yang me­netap di Perak.

Tambahnya, bapanya seorang yang penyayang dan mereka merindui air tangannya termasuk rendang, dodol dan ketupat pada hari raya nanti.

“Saya bersyukur apabila kakak, Khairunnisa, 31, mahu pindah ke sini bersama keluar­ganya bagi mengelakkan kami kesunyian. Adik, Naiemah, 20, bekerja sebagai tukang cuci, manakala saya pula mahir menangkap ikan,” katanya.

Dalam pada itu, Sing Chuang berkata, Abdul Latif merupakan seorang nelayan yang menca­rum di Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.

“Anak perempuan bongsu arwah layak mendapat pencen faedah orang tanggungan dan faedah pengurusan mayat daripada Perkeso,” katanya.

Sementara itu, Azizul pula berkata, pihaknya akan berusaha bagi menghulurkan bantuan sesuai kepada keluarga berkenaan pada masa depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI