fbpx

Rapid Rail lanjut perkhidmatan stesen terpilih sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali sistem rel transit di Lembah Klang akan melanjutkan waktu operasi beberapa stesen rel terpilih pada Sabtu, 15 April 2023 sehingga pukul 1.30 pagi.

Rapid Rail dalam satu kenyataan berkata, ia bagi memenuhi keperluan warga kota yang ingin membuat persiapan akhir untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, stesen-stesen LRT, MRT dan Monorel yang akan dilanjutkan perkhidmatannya sehingga pukul 1.30pagi adalah LRT Laluan Kelana Jaya: Masjid Jamek dan KLCC, LRT Laluan Ampang/ Sri Petaling, Masjid Jamek, MRT Laluan Kajang, Bukit Bintang, Laluan Monorel, Bukit Bintang, Raja Chulan, Medan Tuanku dan Chow Kit

“Stesen-stesen sambungan akan turut dilanjutkan bagi membawa penumpang ke destinasi akhir.

“Manakala stesen- stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa, tetapi penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan,” katanya di sini hari ini.

Antara stesen-stesen LRT, MRT dan Monorel yang akan dilanjutkan perkhidmatannya sehingga pukul 1.30 pagi.

Tambah kenyataan itu, penumpang juga diminta menggunakan kad Touch ‘N Go atau membeli token perjalanan pulang lebih awal untuk memudahkan perjalanan.

“Berikutan penutupan enam stesen LRT Laluan Ampang/Sri Petang, perkhidmatan bas perantara LRT 11 juga turut dilanjutkan sehingga pukul 1.30 pagi bagi membolehkan pengguna mengakses ke stesen-stesen berkenaan.

“Pemakaian pelitup muka masih diwajibkan ketika menggunakan pengangkutan awam,” katanya.

Selain itu, warga kota disaran menggunakan pengangkutan awam pada hujung minggu ini bagi mengurangkan kesesakan lalulintas di dalam pusat bandar.

“Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengikuti Twitter dan Facebook MyRapidKL atau melayari laman web: www.myrapid.com.my,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI