fbpx

Ibu saya belum failkan perceraian – Syada Amzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYADA Amzah mengesahkan kemelut ibu bapanya, Fauziah Sarman dan ND Lala belum sampai ke peringkat failkan cerai.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Syada Amzah yang juga adik kepada Shila Amzah menafikan kemunculan ibunya, Datin Fauziah Sarman ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, baru-baru ini bermotif memfailkan perceraian terhadap bapa mereka, penyanyi, Datuk ND Lala

Syada, 25, turut meminta orang ramai untuk tidak terburu-buru membuat spekulasi tentang perceraian ibu bapanya. Menurut Shaza, buat masa ini ibunya masih dalam ikhtiar menyelesaikan kemelut rumah tangga secara dalaman.

“Saya boleh sahkan bahawa ibu saya hadir ke mahkamah baru-baru ini bukan kerana untuk memfailkan perceraian.

“Setahu saya, sejak 3 April lalu sehingga ke hari ini, ibu saya tidak pernah memfailkan perceraian,” katanya.

Ketika disoal tentang tujuan ibunya hadir ke mahkamah, adik kepada penyanyi Shila Amzah itu bagaimanapun enggan memperincikan perkara tersebut.

“Tidak semestinya apa yang kalian sangkakan itu benar. Ini kerana kehadiran ibu saya pada ketika itu bukanlah bertujuan untuk menfailkan perceraian. Malah, saya sendiri sudah melihat surat yang dibawa pulang oleh ibu saya.

“Kes ini masih belum selesai, seperti saya katakan beri ruang kepada kami untuk mencari solusi bagi kemelut ini. Malah, kami sendiri belum mengetahui apa yang bakal berlaku pada masa akan datang,” jelas Syada ketika ditemui Kosmo! Online usai majlis pelancaran lagi raya bersama Vida Malaysia di SkyArk KL di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Syaza mengundang perhatian apabila berkongsi luahan hati ‘tiada lagi gambar ayah’ sempena ucapan selamat hari lahir buat ND Lala. Dia turut mengucapkan terima kasih buat penyanyi popular era 1990-an itu atas segala jasa membesarkan dirinya empat beradik dengan penuh sayang namun akhirnya memilih meninggalkan keluarga.

Terdahulu, Fauziah hadir di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Seksyen 16, di sini, bersama adik perempuannya, Effi bagi urusan yang tidak dipericikan, namun diminta ke mahkamah untuk berbuat demikian.

Ketika itu, Fauziah yang hadir mengenakan jubah berwarna hijau gelap kelihatan sugul, namun tetap tersenyum dan lebih banyak berdiam diri.

Pada 1 April lalu, Fauziah ada memuat naik foto hitam putih seorang wanita bertudung yang dipercayai ‘penyondol’ rumah tangganya.

“Siti Munirah Abd Ghani.” Itu nama penuh wanita didakwa sebagai penyondol yang ditulis pada ruangan kapsyen dengan meletakkan sekali nama akaun Instagram suaminya, ndlalaofficial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI