PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran berjaga-jaga tahap satu, di enam kawasan di Semenanjung Malaysia.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi laporannya di Facebook berkata, kawasan yang terlibat adalah di Kubang Pasu, Sik, Lipis, Jerantut, Bentong dan Jempol.
Sementara di Sabah dan Sarawak ketika ini, dalam pemantauan.
“Tahap berjaga-jaga bermaksud suhu maksimum harian 35-37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” jelasnya di laman Facebook rasmi MetMalaysia sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE.