fbpx

Gerhana matahari separa 20 April ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Seluruh negara akan mengalami gerhana matahari separa pada 20 April ini berikutan fenomena gerhana matahari hibrid yang berlaku berdekatan benua Australia.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi Facebook berkata, pemerhati di Semenanjung akan menyaksikan fenomena tersebut bermula jam 11 pagi.

“Pemerhati di Semenanjung boleh menyaksikan fenomena gerhana matahari separa bermula 11 pagi hingga sekitar 1 petang.

“Bagi pemerhati di Sarawak pula, sehingga sekitar pukul 1 petang manakala di Sabah sehingga sekitar pukul 2 petang,” menurut kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI